Muka Depan  
  Perutusan Exco  
  Objektif  
  Hubungi Kami  
  Pautan  
  Statistik Pendaftaran Online  
  Galeri  

  Daftar Online  
  Muat Turun  
  Komen  
   

   
     
  Waktu Solat Bagi Kawasan Shah Alam dan kawasan-kawasan sewaktu denganya.

 
 
Subuh 06:09
Syuruk 07:28
Zuhur 13:29
Asar 16:51
Maghrib 19:29
Isya 20:40
 

  Kemaskini Pada 09/11/2011  

  Senarai Aktiviti & Program  
     
 
TERBARU - PELUANG MENGHADIRI BENGKEL JAHITAN LANGSIR
16/01/2012
 

BENGKEL JAHITAN LANGSIR

TARIKH

:

11 hingga 12 FEBRUARI 2012

MASA

:

9.00 PAGI hingga 10.00 MALAM

TEMPAT

:

DEWAN PERUMAHAN KEDIAMAN RASMI EXCO SEKSYEN 7

JALAN HABLUR 7/6, 40000 SHAH ALAM

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :

1. Penyertaan adalah percuma

2. Peserta akan dibekalkan dengan peralatan, sijil penyertaan dan makan minum percuma

3. Tempat tinggal disediakan

4. Tempat adalah terhad kepada 30 peserta (first come first serve basis)

5. Keutamaan kepada peserta yang telah mempunyai asas menjahit.

6.keutamaan kepada Ibu tunggal dan suri rumah yang berpendapatan rendah.

7. Peserta juga hendaklah membawa mesin mudah alih sendiri untuk melancarkan pembelajaran.

Para peserta akan diajar 6 jenis langsir.

Sila Hubungi Pn. Azlina bt Razalie di talian 03-55447145 untuk membuat pengesahan kehadiran.



Perutusan Hari Wanita Sedunia 2011 - Pemberdayaan Masyarakat Demi Jaminan Kewangan Wanita

 Tarikh sebenar sambutan tahunan meraikan pentadbiran Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat adalah sama dengan sambutan Hari Wanita Sedunia, 8 Mac. Allah sahaja yang mengetahui hakikat hikmahnya. Tetapi yang jelas ialah pengundi wanita di Selangor telah menegaskan keinginan politik mereka dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai pentadbir kerajaan negeri Selangor yang baru sejak 8 Mac 2008 lalu.

“Pemberdayaan Masyarakat Demi Jaminan Kewangan Wanita”, demikianlah tema yang telah Kerajaan Negeri Selangor gagaskan sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia bagi tahun 2011 ini. Secara umumnya pemberdayaan masyarakat bererti suatu proses pembangunan manusia atau masyarakat melalui pengembangan kemampuan masyarakat, perubahan perilaku masyarakat dan pengorganisasian masyarakat. Manakala yang kita maksudkan dengan jaminan kewangan wanita ialah golongan wanita mempunyai kedudukan dan simpanan kewangan yang cukup untuk kehidupan pada masa hadapan. --> klik maklumat lanjut di bawah untuk Perutusan sepenuhnya

 
Maklumat Lanjut >
 
 
 
SKIM MIKRO KREDIT SELANGOR
25/08/2011
 

micro.jpg

Skim Mikrokredit Selangor(SkimSEL) ditubuhkan pada 08hb Julai 2010 di bawah kelolaan Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor. Objektif penubuhannya ialah untuk mengurangkan isirumah miskin terutamanya di luar bandar.

SkimSEL mengamalkan kaedah pembiayaan yang mudah, berpenyeliaan rapi dan berasaskan pematuhan disiplin kredit, tanpa cagaran, tanpa penjamin dan tanpa tindakan undang-undang.

Sesuai dengan matlamatnya, SkimSEL adalah khusus untuk isirumah yang berpendapatan kurang RM1500.00 sebulan. Misi :Mengenalpasti dan membantu golongan sasaran dari kalangan isi rumah miskin berdasarkan kepada potensi kemahiran dan pengalaman sedia ada ke arah masa depan yang lebih baik.

Mengaplikasikan prinsip mikrokredit dengan penekanan disiplin yang ketat, pinjaman tanpa cagaran, tabungan, tanpa penjamin mahupun tindakan undang-undang dan pembiayaan yang berterusan.

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di mana pendapatan kerajaan negeri disalurkan semula kepada rakyat terutama kepada isi rumah miskin dan berpendapatan rendah
Products:SMS menawarkan skim pembiayaan secara berperingkat serta cara pembayaran balik mingguan yang menarik iaitu :

1. Skim EHSAN
(Pembiayaan RM 2,000 - 3,000)
2. Skim AMAN
(Pembiayaan RM 3,000 - RM 5,000)
3. Skim MAKMUR
(Pembiayan RM 5,000 - RM 20,000)

Tempoh Bayaran :
(Bermula 3 Bulan - 2 Tahun)

Caj Pengurusan setahun :
8 % sahaja.

Alamat:
Skim Mikrokredit Selangor
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603 - 55447104
Fax : 603 - 55105829
email : info@skimsel.com

Website
 
Maklumat Lanjut >
 
 
 
Skim Kesihatan Wanita: Mammogram Selangor (MammoSEL)
23/11/2010
 

Kempen “Satu Juta Wanita Selangor Sihat" - Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 35 tahun ke atas. Hubungi 1-300-800-800 atau Pusat Khidmat DUN anda untuk mendaftar.

wanita1.jpg

 
Maklumat Lanjut >
 
 
 
PERUTUSAN KHAS HARI WANITA NEGERI SELANGOR 2010 (Sempena Hari Wanita Sedunia)
10/03/2010
 

KEMBALIKAN RASA HORMAT DAN HAK KESAKSAMAAN KEPADA WANITA DEMI PEMULIHAN KESELAMATAN SOSIAL
(Restore Respect and Equality for women to promote social security)
 
Maklumat Lanjut >
 
 
 
PORTAL Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
28/01/2010
 

MES.gif

Layari Portal MES untuk maklumat bantuan yang disediakan

 
Maklumat Lanjut >
 
 
 
Program-Program Bantuan yang disediakan oleh UPEN, Seksyen Sektoral
08/07/2010
 

Seksyen Sektoral menyediakan bantuan-bantuan kepada rakyat Selangor yang layak. Antaranya ialah :

  • Permohonan Dana Industri Kecil Negeri Selangor
  • Program "Blueprint" Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor
  • Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin

Segala maklumat boleh berurusan terus di Pejabat Seksyen Sektoral, Tingkat 5, Bangunan SSASS, 40503 Shah Alam, Selangor

 
Maklumat Lanjut >